Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one

Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one

4eVer_Followers...

Powered By Blogger

Mar 6, 2010

tidur slama 13 hari?????

Seorang remaja perempuan di Britain, Louisa, telah mencatat rekod tidur paling lama iaitu selama 13 hari. Dia menghidap penyakit Sleeping Beauty.


FUNGSI utama tidur akan terjejas jika terlebih tidur.

ADA sesuatu yang amat luar biasa mengenai Louisa Ball setiap kali dia tidur. Apabila melelapkan mata, dia mampu tidur sepanjang hari dan jika itu berlaku, tiada sesiapa atau apa yang dapat mengejutkan gadis berusia 15 tahun itu.
Louisa, yang tinggal di Worthing, tenggara England, telah didiagnosis menghidap Sindrom Kleine-Levin, juga dikenali sebagai penyakit Sleeping Beauty, yang menyebabkan pesakit boleh tidur lena selama berminggu-minggu.
Menurut ibunya, Lootie, keadaan anak gadisnya itu bermula setahun yang lalu akibat selesema dan perlahan-lahan, episod tidur Louisa bermula.
Bukan sahaja dia gagal menyiapkan kerja sekolah dan menduduki peperiksaan, Louisa turut terlepas menghadiri majlis tari-menari, Halloween serta kehidupan normal gadis yang sama usia dengannya.
Rekod tidur paling lama Louisa ialah selama 13 hari.
Keluarganya tidak dapat berbuat apa-apa. Namun apabila Louisa mula menjadi cepat marah dan kurang bercakap, itu bermakna mereka perlu bersedia menghadapi waktu tidur Louisa yang panjang.
Jarang berlaku
Menurut Pakar Psikiatri di Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Syed Hassan Ahmad, penyakit Sleeping Beauty amat jarang berlaku.
Berdasarkan kes yang pernah direkodkan di seluruh dunia, bilangannya tidak sampai 1,000 orang dalam tempoh beberapa tahun.
Ini kerana mereka yang didiagnosis dengan penyakit ini mempunyai kitaran tidur yang normal sehinggalah ia menyerang, ujar Syed Hassan.
Statistik oleh Pusat untuk Narkolepsi di Universiti Standford, mendedahkan hanya 108 kes dilaporkan pada tahun 2008.
Jelas Syed Hassan, tiada faktor tunggal yang boleh dikaitkan dengan penyakit ini kecuali tingkah laku pesakit yang mengalami perubahan.
Tidak menolak genetik menjadi sebahagian faktor, Syed Hassan menjelaskan sehingga kini, saintis belum dapat mengenal pasti gen yang terlibat dalam penyakit gangguan tidur ini.
Membuatkan ia lebih unik, penyakit ini berselindung di sebalik perubahan tingkah laku walhal ia melibatkan faktor neurologi iaitu kelenjar hipotalamus.
Justeru, pesakit sering dirujuk kepada pakar psikiatri berbanding pakar neurologi.
Kelenjar ini terletak di bawah talamus, betul-betul di bawah pangkal otak dan ia hanya sebesar biji badam.
Antara fungsi utama kelenjar ini ialah mengawal kitaran tidur dan nafsu makan, katanya.
Apabila berlaku gangguan di bahagian kelenjar ini, terdapat kebarangkalian penyakit Sleeping Beauty tercetus dan menyebabkan seseorang itu mampu tidur selama hampir 20 jam sehari.
Berbanding dengan individu biasa, kitaran normal waktu tidur bagi seseorang yang berumur 20-an adalah tujuh jam sehari.
Waktu terjaga pesakit yang tidak sampai empat jam itu akan diisi dengan aktiviti makan dalam kuantiti yang banyak.
Bukan saja nafsu makan akan berlipat ganda, pesakit juga mengalami perubahan emosi yang amat ketara, ungkap Syed Hassan yang turut menyatakan bahawa Sleeping Beauty sering dialami oleh lelaki berbanding perempuan dalam nisbah 3:1.
Emosi
Antara perubahan emosi yang sering dihadapi pesakit ialah halusinasi, mudah marah, agresif dan delusi. Ini semua akan membawa kepada potensi untuk mencederakan diri sendiri.
Pesakit tidak tidur sepanjang masa. Seringkali ia berlaku dalam tempoh tertentu.
Sebagai contoh, seseorang itu akan mengalami sindrom ini selama tiga hingga empat bulan dalam setahun. Selebihnya, pesakit adalah normal, katanya.
Selain itu, pola tidur pesakit Sleeping Beauty turut melalui empat tahap tidur biasa yang dialami oleh orang biasa iaitu tidur-tidur ayam hinggalah nyenyak.
Jelas Syed Hassan lagi, dalam sesetengah kes, akan berlaku perubahan dan gangguan dari aspek kognitif dan imunisasi akibat tidur terlalu lama.
Merujuk kepada pengalaman beliau yang hanya sekali berhadapan kes sebegini sekitar tahun 1980-an dahulu di London, walaupun ia hanya menyerang pesakit dalam tempoh yang singkat, kesannya cukup dalam.
Seringkali ia menyerang pada awal remaja dan beransur-ansur hilang apabila menjengah usia dewasa.
Lebih unik, ketika mengalami gangguan Sleeping Beauty, pesakit turut mengalami amnesia
kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment