Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one

Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one

4eVer_Followers...

Powered By Blogger

Feb 28, 2010

Gadis berkomunikasi gunakan mata




LONDON - Seorang gadis, Mia Austin (gambar) cuma boleh berkomunikasi dengan matanya setelah dia lumpuh sepenuhnya akibat strok, lapor sebuah akhbar semalam.
Disifatkan para doktor hampir seperti mayat hidup, Mia menderita akibat 'sindrom terkunci' dan setakat ini, penyakit itu tidak dapat dirawat atau diubati.
Untuk berkomunikasi Mia, 21, terpaksa mengeja sesuatu perkataan dengan melirikkan matanya ke atas, bawah atau sisi bagi menunjukkan huruf pada sebuah papan abjad.
Gadis itu kini berada dalam jagaan kakitangan sebuah hospital di England tetapi keluarganya berhasrat membawanya pulang ke rumah mereka tidak lama lagi.
Walaupun lumpuh, gadis itu yang sebelum ini bekerja sebagai ejen pelancongan boleh melihat, mendengar dan berfikir.
"Mia sebelum ini cergas dan sihat sepenuhnya," kata sepupunya, Sharon Jones, 42.
"Namun, dia tiba-tiba rebah pada satu malam pada bulan November tahun lalu dan keadaannya tidak berubah sejak dari itu," tambahnya.
Sindrom terkunci merupakan keadaan apabila seseorang pesakit sedar tetapi tidak dapat bergerak atau berkomunikasi akibat lumpuh sepenuhnya kecuali bahagian mata.
Penyakit yang menyerang seorang dalam sejuta itu turut dihidapi seorang wartawan Perancis, Jean-Dominique Bauby, yang cuma boleh berkomunikasi dengan mengerlipkan kelopak mata kirinya.

ikan paus membunuh??

Dawn Brancheau merupakan antara jurulatih paling berpengalaman di taman tersebut.


ORLANDO (Florida): Seekor paus pembunuh di taman marin Sea World Adventure Park, menyambar seorang jurulatih dari platform di tepi kolam semalam dengan mulutnya, melibas wanita malang itu di dalam air dan membunuhnya sambil disaksikan pengunjung-pengunjung yang ketakutan.
Ini merupakan kali ketiga haiwan itu mengakibatkan kematian manusia.
Berikutan insiden itu, para pengunjung yang cemas segera diarahkan keluar daripada kawasan kejadian dan taman marin itu ditutup.
Mangsa, Dawn Brancheau, 40, merupakan antara jurulatih paling berpengalaman di taman tersebut.
Adiknya berkata, Brancheau sudah tentu tidak mahu paus yang membunuhnya diapa-apakan kerana dia sayangkan haiwan itu sama seperti kanak-kanak.
Ketua jurulatih haiwan Sea World, Chuck Tompkins berkata, Brancheau sedang menggosok-gosok badan paus yang dinamakan Tilikum selepas satu pertunjukan tengah hari semalam apabila haiwan seberat 5,500 kilogram itu secara tiba-tiba menyambar dan menariknya ke dalam air.
Tidak jelas sama ada wanita malang itu maut akibat dilibas paus tersebut atau lemas.
Disebabkan saiz besar paus berkenaan dan kematian-kematian sebelum ini, jurulatih lain tidak dibenarkan masuk ke dalam air bersama-sama Tilikum dan hanya 12 daripada 29 jurulatih di taman itu dibenarkan melatih mamalia tersebut.
Brancheau merupakan jurulatih paling berpengalaman dengan Tilikum yang berusia 30 tahun berbanding jurulatih lain.
"Kami sedar yang Tilikum ada menunjukkan perubahan," kata Tompkins.
Dia bagaimanapun berkata, belum ada sebarang keputusan dibuat tentang apa yang akan dilakukan kepada Tilikum seperti kemungkinan untuk memindahkannya ke fasiliti lain.

cinta mengatasi segala2nyee.......



JIKA tidak mengenangkan rayuan si bapa, gadis ini lebih suka tinggal di Lombok bersama suami dan mertuanya.

UMUR anak gadis ini hanya 15 tahun ketika lari ke Lombok, Indonesia dan berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, Hafiz Amaq Sukma, 29.
Pelarian selama tujuh bulan ke daerah Bara Bali, Mataram itu turut menyaksikan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda, Batu Caves ini sanggup mengetepikan kasih sayang bapanya, Yunan Mat Ayat, 77, demi mengejar cinta sejati.
Tidak sampai dua minggu perkenalan, bibit cinta mula memutik di hati remaja ini.
Terpikat dengan karakter Hafiz yang digambarkan penyayang dan bertanggungjawab, hanya dua bulan diperlukan untuk menakluk hati Salsabila atau Bella dan membuatkan pelakon bertubuh kurus ini dengan rela hati mengikutnya ke Lombok.
Rindu suami
Ketika ditemui sehari selepas kepulangannya ke tanah air Selasa lalu, Bella mudah menumpahkan air mata apabila menyebut tentang suami dan kandungannya yang telah mencecah usia enam bulan.
Saya sangat merindui suami. Kalau diikutkan, saya lebih suka tinggal di sana. Walaupun suami hanya bertani tapi hati saya lapang.
Saya sangat berharap keluarga dapat memaafkan perbuatan saya dan menerima suami saya sebagai ahli keluarga ini. Restuilah perkahwinan kami kerana kami saling mencintai.
Saya tidak mahu anak dalam kandungan ini membesar tanpa bapa dan saya sangat berharap suami ada di sisi apabila sudah sampai tempoh bersalin Jun nanti, luah Bella.
Tidak pernah terbayang untuk berkahwin apatah lagi mengandung pada usia muda, anak bongsu daripada lapan beradik ini tidak menganggap status isteri dan ibu itu sebagai beban.
Sebaliknya, kehamilan tersebut telah banyak membantu mematang dirinya yang selama ini dimanjakan oleh bapanya, seorang bapa tunggal.
Malahan keluarganya turut terkesan dengan perubahan karakternya yang positif itu.
Saya gembira dengan kehadiran anak ini kerana ia hasil perkongsian sah antara saya dan suami. Saya akui tempoh kehamilan ini amat sukar bagi remaja seperti saya, apatah lagi tanpa suami di sisi.
WALAUPUN hidup serba sederhana, Bella akui dia hidup bahagia bersama suaminya.

Pegang penyapu
Apabila disahkan hamil, saya mula dekat kepada Allah dan banyak panduan yang diberi oleh suami dan keluarga mertua di Indonesia.
Saya tidak lagi liar dan malas. Dulu, ayah layan saya seperti puteri sampaikan saya sendiri tak pernah pegang penyapu di rumah ini. Semuanya ayah yang buat.
Tetapi selepas berkahwin, tanggungjawab sebagai isteri banyak mendidik saya untuk memikirkan hal rumah tangga.
Daripada seorang yang tak ambil peduli hal rumah dan dapur, sekarang saya rimas kalau rumah bersepah, ujarnya.
Tambahnya, walaupun sedar ada risiko kesihatan apabila hamil pada usia belasan tahun, anak jati Kuala Lumpur ini tidak mahu menambahkan kusut fikirannya.
Saya sayangkan anak ini dan jika berpeluang saya mahu membesarkannya bersama suami, tuturnya.
Berdasarkan tinjauan Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO, sememangnya kebanyakan gadis yang dibawa lari ke Lombok masih di bawah umur.
Malah jika diimbau kes-kes sebelum ini, ada remaja berumur 12 tahun dibawa ke sana dan berkahwin dengan lelaki seberang.
Eksploitasi
Di pusat tahanan imigresen di Mataram memang ramai gadis bawah umur yang ditahan. Kebanyakannya menjadi pendatang haram kerana hendak berkahwin dengan pemuda di sana, kata Pengerusi biro itu, Datuk Muhd. Khairun Aseh.
Mengulas lanjut tentang kehamilan remaja, Pakar Reproduktif Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Abu Hassan berkata, kehamilan remaja tidak boleh mengubah 100 peratus personaliti si ibu.
Jelasnya, remaja pada umur 15 tahun tidak mampu secara fizikal dan mental untuk menguruskan anak mereka sendiri.
Jika mereka bertegas bahawa mereka yakin mampu menjaga anak dan menjadi isteri serta ibu yang baik, itu hanya perasaan mereka. Hakikatnya, mereka tidak berupaya.
Mereka tidak faham apa makna tanggungjawab membesarkan anak walaupun perasaan aku boleh buat itu ada.
Sebab itu mereka memberontak apabila ada yang memperkecilkan kebolehan mereka menguruskan anak pada usia sementah itu, jelasnya ketika dihubungi Jurnal.
BELLA bertuah kerana berjaya dibawa pulang sedangkan masih ramai gadis tempatan ditahan pihak berkuasa Indonesia.

Risiko kelahiran
Tambah Hamizah, pada usia belasan tahun, boleh dikatakan semua remaja hanya mengikut perasaan dan memikirkan keseronokan dan kepuasan sendiri tanpa memikirkan perasaan dan masalah orang lain.
Dari satu sudut, mereka belum boleh berfikir secara matang dan rasional, jadi kita tidak boleh menyalahkan mereka sepenuhnya, katanya.
Menyentuh aspek fizikal, beliau memberitahu kehamilan pada usia itu paling terdedah kepada komplikasi dan risiko sebelum, semasa dan selepas bersalin kerana perkembangan tubuh gadis belum sempurna.
Pada usia 15 tahun, masih ada banyak ruang tumbesaran yang belum lengkap sepenuhnya.
Pembesaran rahim dan tulang pinggul belum mencapai ukuran sesuai untuk seorang remaja itu mengandung apatah lagi melahirkan bayi.
Kekurangan itu bukan sahaja mendatangkan risiko kepada bayi bahkan kepada ibu semasa proses kelahiran.
Apabila perkara ini terjadi, pembedahan mungkin diperlukan untuk menyelamatkan nyawa bayi, tambahnya.
Antara risiko lain yang boleh mengancam kehamilan di kalangan remaja termasuklah keadaan sakit mahu bersalin pramatang, anemia atau kekurangan zat besi dalam darah.
Mereka turut mengalami masalah air belebihan di dalam tisu, bengkak pergelangan kaki dan kehadiran protein dalam air kencing.
Secara azalinya, seorang perempuan itu sesuai hamil selepas umurnya mencapai 20 tahun kerana perkembangan fizikalnya sudah sempurna, ujarnya.
kredit : kosmo.com.my

Feb 25, 2010

org islam terkaya ddnia????

Ketika melayari internet bersama dengan sahabat dan guru saya Al Syeikh Abdul Muhaimen dari Mesir yang bertugas sebagai pengajar di MTAQ bersama saya, saya telah terjumpa satu laman web yang mengisahkan seorang Islam yang terkaya di dunia.
Beliau ialah Al-Waleed bin Tolal sebagaimana yang diceritakan di web beralamat berikut : الوليد بن طلال بن عبد العزيز آل سعود – ويكيبيديا، الموسوعة الحرة .
Antara petikan biodatanya ialah :
الأمير الوليد بن طلال بن عبد العزيز آل سعود ولد في الرياض في 7 مارس 1955 وهو الإبن الثاني للأمير طلال بن عبد العزيز، رجل أعمال سعودي يعد من أكبر المستثمرين في العالم. صنفته مجلة فوربس الأمريكية عام 2009 في الترتيب 13 من أغنى أغنياء العالم صنفته بثروة قدرتها ب 20.3 مليار دولار
جدّه من والده هو الملك عبد العزيز آل سعود مؤسس المملكة العربية السعودية، وجده من أمه هو رياض الصلح رئيس أول حكومة استقلالية في لبنان. والده صاحب السمو الملكي الأمير طلال بن عبد العزيز آل سعود نجل الملك عبد العزيز آل سعود مؤسس وموحد المملكة العربية السعودية ووالدته الأميرة منى رياض الصلح ابنة الرئيس اللبناني الأسبق رياض الصلح أول رئيس وزراء لدولة لبنان الحديثة وقائد الاستقلال اللبناني من الاستعمار الفرنسي.و بذلك اجتمعت فيه مؤثرات اجتماعية و ثقافية متباينة. و إذا أضفنا إقامته الطويلة في الغرب أمكن أن نفهم طبيعة شخصيته المتناقضة و الغريبة.
Al-Waleed_bin_TalalAl-Waleed bin Talal
Beliau adalah keturun Diraja Arab Saudi yang sekarang berumur 54 tahun yang merupakan orang ke 8 terkaya di dunia bagi tahun 2009. Beliau memiliki pesawat peribadi sendiri yang serba mewah. lihatlah fotonya :
Beliau hanya mempunyai 2 orang seorang lelaki dan seorang perempuan. Beliau telah menghadiahkan sebuah istana mewah kepada anak perempuannya yang bernam Rim bt Abdul Walid . Lihatlah foto di bawah :
rim
rim 1
rim 2
rim 3
rim 4
rim 5
rim 6
rim 8
rim 7
rim 11
rim 12 




Asubja.wordpress.com

anda nak puji seseorg?????tapi........................

Manusia mudah nampak keburukan seseorang tetapi kurang peka dengan kebaikan yang ditunjukkan. Sebab itulah ibu bapa lebih banyak menegur, memarahi dan menasihati kesilapan anak-anak mereka berbanding memuji kebaikan-kebaikan mereka. Seorang ketua lebih kerap menegur orang bawahannya berbanding memuji kebaikan yang ada. Seorang sahabat bermasam muka dengan kesilapan sahabatnya dan lupa kebaikan-kebaikan yang dicurahkan selama ini.
Kalau kita mahu lahirkan seorang insan cemerlang sama ada dia seorang anak, rakan mahukan orang bawahan maka kita perlu suburkan kebaikan dalam diri mereka. Salah satu cara menyuburkan kebaikan ialah dengan memuji kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan agar mereka seronok mengulangi lagi kebaikan ini dilain masa.
Berikut adalah cara memuji yang berkesan:


1. Disegerakan
Pujian mestilah disegerakan dan paling berkesan ialah ketika sesuatu kebaikan itu sedang dilakukan. Misalnya kalau kita lihat anak kita tiba-tiba datang rajinnya menolong kita di dapur sedangkan selama ini bila dipaksa baru mahu buat maka pujilah sedikit anak itu, “Haaa… macam ni lah anak mak, cepat kerja-kerja ni siap bila adik mahu bantu mak”. Ia akan lebih berkesan lagi apabila ketika itu ada juga orang lain selain kita di situ.



2. Ikhlas dari hati
Orang dapat membaca sejauh mana kita ikhlas apabila memuji mereka. Oleh itu, biarlah puji-pujian itu datang daripada hati agar ia benar-benar dihargai. Jangan memuji dengan nada menyindir kerana ia akan menyakitkan hati orang tersebut. Kalau orang yang dipuji itu berada hampir dengan kita tepuk-tepuklah bahunya sedikit sebagai bukti kita benar-benar seronok dengan tingkah lakunya.



3. Puji secara spesifik
Puji-pujian pula biarlah dibuat secara spesifik bukan secara umum. Misalnya, apabila anak kita tunjukkan sebuah lukisan yang dihasilkannya, tidak cukup dengan berkata “wahh, cantik lukisan adik!”. Tetapi nyatakanlah dengan lebih specifik apa yang cantiknya, misalnya “wahh, cantik lukisan adik! Mak suka adunan warna yang adik gunakan”. Atau pun “wahhh, cantik pokok yang adik lukis dalam gambar ini”. Begitu juga apabila anak kata dia ada peningkatan dalam markah yang diperolehi dalam peperiksaan baru-baru ini. Sebagai ibu bapa, kita minta anak tunjukkan markah-markah itu dan kita puji secara spesifik. Misalnya, “Syabas, kakak dah ada peningkatan dalam markah Sejarah dan Matematik. Bahasa Inggeris ni pula tidak mengapa, teruskan lagi usaha kakak seperti yang kakak lakukan dalam dua subjek tadi”. Apabila kita memuji secara spesifik maka orang yang dipuji tahu bahawa kita memang memberikan perhatian terhadap apa yang mereka tunjukkan. Mereka juga sedar bahawa puji-pujian tersebut bukan sekadar untuk ambil hati.



4. Realistik dan tidak keterlaluan
Adalah penting bagi kita memuji sesuatu yang benar dan bukan atas sesuatu yang sengaja kita ada-adakan. Jangan juga memuji dengan cara yang keterlaluan hingga ketara yang pujian itu sengaja dibuat-buat. Yang penting adalah bersederhana dalam memuji agar orang yang dipuji itu tidak rosak akhlak dan peribadinya kerana termakan pujian. Berkata benarlah dalam mengeluarkan puji-pujian kerana ia melambangkan keluhuran hati kita sendiri.



5. Tidak disulam dengan kata-kata negatif
Apabila memuji jangan disusuli pula dengan ungkapan-ungkapan yang negatif.
Misalnya:
“Amboi, kemasnya bilik adik sekarang, alangkah baiknya kalau sejak dulu lagi macam ini”.
Kata-kata ‘alangkah baiknya kalau sejak dulu lagi macam ini’ itu adalah kata-kata negatif yang tidak sepatutnya diungkit lagi ketika memuji.

“Macam ni lah yang saya mahukan dari pekerja saya, hasilkerja yang kemas dan rapi tapi jangan setakat seminggu dua sudahlah”.
Kata-kata ‘tapi jangan setakat seminggu dua sudahlah’ adalah negatif.
Kalau sudah dipuji tu puji sahajalah dan tidak perlu untuk mengungkit atau mengandaikan perkara yang buruk-buruk lagi. Sebab setiap pujian yang disulam dengan kata-kata negatif menunjukkan bahawa kita tidak seratus peratus ikhlas. Lebih malang lagi orang yang dipuji itu tidak akan mengulangi kebaikan yang dilakukan kerana merasakan kebaikan tersebut tidak dihargai. Tidak ada sesiapa pun yang tidak suka dipuji oleh itu kita sebenarnya bertindak bijak dengan memberikan apa yang mereka harapkan lebih-lebih lagi jika kita seseorang yang lebih dihormati oleh mereka. 



Asubja.wordpress.com


manis dan tawar dlm prkhwinan,hohoho!!

Ini adalah ungkapan bagi yang baru kahwin, selepas 6 bulan dan selepas 6 tahun. ..


Sebelum Tido:
6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun : Sana sikit lah… tido kalau tak mengepit tak bole
ker???!



Pakai Toilet:
6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh
6 bulan: masih lama lagi ke nih?
6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nak
bertapa pi lah gunung ledang sana !!




Balas SMS:
6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan
murtabak favourite u ye sayang..
6 bulan:trafik jam aah
6 tahun:k..




Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??




Pulang Keje:
6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun:Oi…tak dengar orang balik ker??




Hadiah (ulang tahun):
6 minggu :Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
6 bulan :I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tamu, takpun kt tangga pun ok
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak, nanti kalau i belikan u tak berkenan lak




Telefon:
6 minggu:Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
6 bulan :Eh…your call…
6 tahun :WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!! takder dengar ker?




Masakan:
6 minggu:Wah, tak sangka i, pandai u masak. rasa pun sedapppppp.. .!!!
6 bulan:Kita makan apa malam ini??
6 tahun:HAH!! lauk aper lak ari ni, cam lauk kemarin jer!!




Memaafkan:
6 minggu:Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,ye
6 bulan:Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun:Nak pecahkan lagi ler tu, tak paham2 betul!!




Baju baru:
6 minggu:Aduh sayang, u seperti bidadari dengan dress tu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahunAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU, tula yang lama dah tak muat ler tu???



Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak, honey?
6 bulan:Kita ke Bukit Bintang aje ler ….senang sikit nak parking…
6 tahun:JALAN- JALAN?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG
DUIT JER!  




.....hampeh btol aarr!! huhu

Asubja.wordpress.com



pelik btol laa org zaman skrg neh!!!

image0031
aucakk!!!
gambar_aneh39
ayoyo!! heehe
23539852tw6
59473426nf9
gambar_aneh30
rmping leher aku,hoho
crazy4vv
pic208881
argghh!! sakit jiwe ak tngok,huuhu

lelaki-kecil1
eyh,ak kat maner neh,haha


Asubja.wordpress.com

zalimnyee kamu!!!!!!!!!!!!!



Surat Kepada Tok Imam

Buang dan bunuh dalam semak ….

Buang dalam tong sampah ….

dibuang tempat pembuangan sampah …

Dibuang dalam rumput

Dibungkus dengan surat khabar dan dibuang dalam tong sampah ….

Dibuang dan dibakar hidup-hidup  


...sdih ak pbila mnatap nie smua,byangkn bayi yg xbrdose dprlakukn sperti nie...huhu~

Asubja.wordpress.com