Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one

Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one

4eVer_Followers...

Powered By Blogger

Mar 31, 2010

si jutawan pengutip tin~




CURT DEGERMAN


SKELLEFTEA, Sweden – Seorang lelaki berumur 60 tahun di sini memiliki kekayaan rahsia lebih AS$1.6 juta (RM5.21 juta) menerusi pelaburan di pasaran saham dengan cuma bermodalkan wang yang diperoleh daripada mengutip dan menjual tin kosong, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu, Curt Degerman yang digelar Kurt Tin Kosong, meninggal dunia 18 bulan lalu manakala saudara-maranya bertengkar berhubung siapa sepatutnya mewarisi kekayaannya.
Sejak 40 tahun lalu, Degerman dipandang rendah oleh masyarakat kerana menyara hidupnya dengan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari tin kosong dan menjualnya di sebuah loji kitar semula.
Bagaimanapun, setelah dia meninggal dunia semasa berusia 60 tahun akibat serangan jantung, saudara-maranya mendapati dia memiliki wang AS$1.1 juta (RM3.58 juta) dalam satu akaun bank Switzerland.
Mendiang turut menyimpan jongkong emas bernilai kira-kira AS$378,000 (RM1.2 juta) selain wang AS$1,358 (RM4,428) di rumahnya.
Di sebalik penampilannya yang selekeh, Degerman sebenarnya seorang pelabur aktif dalam pasaran saham antarabangsa.
Selain memakan sisa makanan daripada tong sampah dan memakai sehelai kot kotor, dia akan meluangkan masa di perpustakaan awam pada setiap hari untuk mengkaji berita kewangan di akhbar.
“Dia pergi ke perpustakaan setiap hari kerana tidak membeli akhbar. Di perpustakaan itu, dia membaca akhbar kewangan Dagens Industri,” kata seorang sepupunya.
“Dia amat arif tentang pasaran saham,” tambahnya.
Jutawan itu disifatkan saudara-maranya sebagai seorang kanak-kanak genius yang berhenti sekolah kerana krisis peribadi.
Kekayaan lelaki itu akhirnya dikongsi oleh dua sepupunya dalam satu penyelesaian di luar mahkamah. – Agensi
kredit : komso.com.my

budak yg ade 15 jari tgn dn 16 jari kaki..huhuhu!!













 
Strange World

Mar 28, 2010

kehilangan otak kanan???



GAMBAR imbasan X-ray menunjukkan otak Mott selepas dia menjalani pembedahan.


JAMESTOWN, Amerika Syarikat (AS) – Seorang budak perempuan di sini, Carolina Utara, sembuh setelah kehilangan separuh otaknya dalam satu pembedahan sekali gus dianggap satu keajaiban oleh doktor dan keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak tersebut, Cameron Mott berumur sembilan tahun menghidap penyakit ganjil, sindrom Rasmussen apabila otak kanannya ‘dimakan’ kuman semasa berusia tiga tahun dan terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawanya.
Kanak-kanak itu menjalani pembedahan membuang otak kanannya pada 2008 dan doktor-doktor memberitahu dia akan lumpuh kerana sebelah kiri tubuhnya yang dikawal organ itu tidak akan berfungsi.
“Ia amat menakutkan kerana anda tidak dapat membayangkan keadaan anak anda selepas dia menjalani pembedahan otak itu,” kata ibunya, Shelly Mott kepada Ann Curry iaitu hos program bual bicara Today Show, terbitan stesen televisyen NBC, baru-baru ini.
Namun, Cameron yang bercita-cita menjadi seorang penari balet, dibenarkan pulang selepas hanya empat minggu dia dibedah.
Dia menamatkan rawatan fisioterapi baru-baru ini dan kini boleh berlari dan bermain seperti kanak-kanak normal tetapi mengalami rabun penglihatan tidak serius. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

serangan ulat....eeww!!



ntah ape2 la ulat2 neh smua,lpar sgt kot,huhu!!



kredit : kosmo.com.my

calon bini baru,haha!!







ada sesapa yg berkenan yg nak buat calon bini x??hahahaha!!
sila tinggalkn nama dn alamat yee,ahaks!! =)

Mar 26, 2010

jgn cari pasal la!!

ape kes laa dyeorg nie ek,hohoho...















nie tgh hepy ke kcewa nie,hak3!!

pdan la ko,hbis brdrah..huhu x taw!

Strange World

Mar 6, 2010

Kelebihan dan nikmat disebalik ciuman




Berikut ini saya kongsikan info tersebut untuk panduan kita bersama.
Kelebihan dan rahsia disebalik ciuman
Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;
  1. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
  2. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.
  3. Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
  4. Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.
  5. Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.
  6. Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.
  7. Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.
  8. Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.
  9. Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
  10. Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
  11. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
  12. Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.

alahai~hehehehe =)
Blog PakarHowTo

dendam seorang LELAKI...

Lelaki sanggup bertindak ganas ke atas wanita yang menolak cinta mereka akibat kecelaruan mental ekstrem.


SESETENGAH lelaki cenderung melakukan keganasan selepas cinta ditolak. – Gambar hiasan.

DISEPAK dan ditumbuk malah disimbah asid adalah antara padah yang diterima si gadis kerana menolak cinta si jejaka.
Dalam keadaan yang lebih ekstrem, adakalanya tindakan agresif lelaki kecewa itu membawa kepada jenayah berat seperti rogol dan bunuh.
Namun jumlah sebenar kes serangan dan penderaan fizikal akibat cinta tidak berbalas tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana kebanyakan mangsa memilih untuk menderita dalam senyap.
Bagaimanapun, kes-kes seumpama ini dilihat semakin kerap berlaku seperti yang didedahkan media.
Terbaru, tindakan seorang wanita menolak cinta peminat rahsia membawa padah apabila dia mendakwa ditumbuk bertubi-tubi sebelum diculik selama 11 jam oleh lelaki tersebut.
Culik kekasih
Kejadian itu mengejutkan Nor kerana ia dilakukan teman sepejabatnya sendiri.
Belum sempat saya bertanyakan apa-apa, dia terus menumbuk muka saya menyebabkan saya terjatuh.
Saya menangis dan bertanya mengapa dia bertindak demikian, kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 21.
Katanya, dalam keadaan mukanya berlumuran darah suspek kemudian menarik dan menolaknya masuk ke dalam kereta sebelum memecut ke lokasi yang tidak diketahuinya.
Ketika di dalam kereta baru saya tahu dia mengamuk kerana saya menolak cintanya, dakwa Nor.
Selain itu, ada juga yang menggunakan laman web sosial untuk mengaibkan individu yang enggan membalas cinta mereka.
Shan, 29, terkejut apabila menyedari satu profil tidak senonoh mengenainya diwujudkan dalam laman web sosial, Friendster yang dipercayai dilakukan seorang rakan lelakinya.
Kejadian pada tahun 2008 itu mendedahkan latar belakang mangsa termasuk gambar-gambar peribadi, alamat, nombor telefon dan lebih malang turut diselitkan dengan ayat lucah yang menggambarkan mangsa seolah-olah wanita tidak bermoral.
Shan mendakwa sebelum kejadian, lelaki tersebut pernah mengugut mahu menyimbah asid ke mukanya dan pernah menjatuhkan air mukanya ketika menemui ibu bapanya di Negeri Sembilan.
Akibatnya saya menerima banyak panggilan dan SMS daripada orang yang tidak dikenali, ujar Shan.
Ganas
Menurut Pensyarah Psikologi Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya. Dr. Samsilah Ruslan, insiden yang melibatkan keganasan akibat cinta ditolak berkait rapat dengan personaliti atau kecelaruan mental ekstrem.
Tidak mustahil individu tersebut mempunyai personaliti ganas sejak kecil.
Suspek mungkin tertekan akibat pengaruh dadah atau menerima kesan akibat sejarah kehidupan dan pendedahan kepada cara hidup. Gemar menonton filem aksi ganas juga turut menyumbang.
Elakkan daripada melihat aksi-aksi ganas yang keterlaluan supaya tidak terpengaruh.
Jika terlalu terdedah kepada genre sedemikian, input yang ada di dalam otak akan tersimpan dan boleh menyebabkan fikiran dipengaruhi sehingga melakukan keganasan, jelas Samsilah.
Kata Samsilah, kemahiran mengawal emosi yang betul penting bagi mengelakkan perkara negatif berlaku.
Bersemuka
Antara langkah yang dapat dilakukan untuk mengelakkan keganasan ialah berbincang secara baik dan matang iaitu dengan bersemuka.
Sekiranya kemahiran mengawal emosi tidak diurus dengan baik, ia boleh diterjemahkan sebagai tingkah laku yang tidak boleh diterima oleh norma masyarakat.
Kalau boleh, selesaikan secara berdepan kerana medium Internet dan telefon mudah alih hanya akan menimbulkan perselisihan faham antara kedua belah pihak.
Ia boleh menyebabkan perasaan tidak puas hati dan peluang untuk berkomunikasi juga menjadi sangat terhad, katanya kepada Jurnal.
Selain itu, cara terbaik untuk menghadapi situasi cinta ditolak ialah dengan mengamalkan fikiran positif dan menganggap ia sebagai pembuka jalan kepada sesuatu yang lebih baik.
(Apa) yang penting kita kena percaya kepada ketentuan Tuhan. Tidak semestinya dunia sudah berakhir kalau cinta ditolak.
Jalan terbaik ialah cuba berjumpa kaunselor dan dapatkan input yang membina.
Ketika dalam keadaan tertekan, kembalilah kepada cara yang telah disyorkan iaitu bertenang dan berbincang secara baik.
Jika perlu, dapatkan orang tengah yang dapat mengawal situasi dan bukannya (penasihat) yang mengapi-apikan lagi keadaan, nasihat beliau.
Maruah
Sementara itu, Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia, Prof. Dr. Suradi Salim berkata, senario cinta ganas sering berlaku akibat suspek tercabar apabila tidak dapat berfikir secara rasional.
Setiap orang berbeza dari segi kaedah mereka mengendalikan kemarahan.
Apabila mereka kecewa kerana cinta tak diterima, maruah mereka akan tercabar lalu mereka melakukan kekerasan.
Tapi ada juga orang yang lebih rasional ketika berhadapan dengan situasi seperti itu.
Dahulu kebanyakan masyarakat Timur akan menangani kemarahan dalam bentuk fizikal.
Pendekatan budaya dan tamadun di dalam sesebuah masyarakat juga tidak sama.
Sebelum wujudnya masyarakat bertamadun, ada yang sanggup membunuh untuk memusnahkan pasangan sekiranya cinta mereka ditolak.
Pendidikan juga penting kerana semakin berilmu seseorang itu maka semakin bijaklah dia menanganinya.
Disiplin turut memupuk seseorang itu menerima penolakan secara positif tanpa melakukan sebarang kekerasan, ungkap Suradi.
kredit : kosmo.com.my

tidur slama 13 hari?????

Seorang remaja perempuan di Britain, Louisa, telah mencatat rekod tidur paling lama iaitu selama 13 hari. Dia menghidap penyakit Sleeping Beauty.


FUNGSI utama tidur akan terjejas jika terlebih tidur.

ADA sesuatu yang amat luar biasa mengenai Louisa Ball setiap kali dia tidur. Apabila melelapkan mata, dia mampu tidur sepanjang hari dan jika itu berlaku, tiada sesiapa atau apa yang dapat mengejutkan gadis berusia 15 tahun itu.
Louisa, yang tinggal di Worthing, tenggara England, telah didiagnosis menghidap Sindrom Kleine-Levin, juga dikenali sebagai penyakit Sleeping Beauty, yang menyebabkan pesakit boleh tidur lena selama berminggu-minggu.
Menurut ibunya, Lootie, keadaan anak gadisnya itu bermula setahun yang lalu akibat selesema dan perlahan-lahan, episod tidur Louisa bermula.
Bukan sahaja dia gagal menyiapkan kerja sekolah dan menduduki peperiksaan, Louisa turut terlepas menghadiri majlis tari-menari, Halloween serta kehidupan normal gadis yang sama usia dengannya.
Rekod tidur paling lama Louisa ialah selama 13 hari.
Keluarganya tidak dapat berbuat apa-apa. Namun apabila Louisa mula menjadi cepat marah dan kurang bercakap, itu bermakna mereka perlu bersedia menghadapi waktu tidur Louisa yang panjang.
Jarang berlaku
Menurut Pakar Psikiatri di Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Syed Hassan Ahmad, penyakit Sleeping Beauty amat jarang berlaku.
Berdasarkan kes yang pernah direkodkan di seluruh dunia, bilangannya tidak sampai 1,000 orang dalam tempoh beberapa tahun.
Ini kerana mereka yang didiagnosis dengan penyakit ini mempunyai kitaran tidur yang normal sehinggalah ia menyerang, ujar Syed Hassan.
Statistik oleh Pusat untuk Narkolepsi di Universiti Standford, mendedahkan hanya 108 kes dilaporkan pada tahun 2008.
Jelas Syed Hassan, tiada faktor tunggal yang boleh dikaitkan dengan penyakit ini kecuali tingkah laku pesakit yang mengalami perubahan.
Tidak menolak genetik menjadi sebahagian faktor, Syed Hassan menjelaskan sehingga kini, saintis belum dapat mengenal pasti gen yang terlibat dalam penyakit gangguan tidur ini.
Membuatkan ia lebih unik, penyakit ini berselindung di sebalik perubahan tingkah laku walhal ia melibatkan faktor neurologi iaitu kelenjar hipotalamus.
Justeru, pesakit sering dirujuk kepada pakar psikiatri berbanding pakar neurologi.
Kelenjar ini terletak di bawah talamus, betul-betul di bawah pangkal otak dan ia hanya sebesar biji badam.
Antara fungsi utama kelenjar ini ialah mengawal kitaran tidur dan nafsu makan, katanya.
Apabila berlaku gangguan di bahagian kelenjar ini, terdapat kebarangkalian penyakit Sleeping Beauty tercetus dan menyebabkan seseorang itu mampu tidur selama hampir 20 jam sehari.
Berbanding dengan individu biasa, kitaran normal waktu tidur bagi seseorang yang berumur 20-an adalah tujuh jam sehari.
Waktu terjaga pesakit yang tidak sampai empat jam itu akan diisi dengan aktiviti makan dalam kuantiti yang banyak.
Bukan saja nafsu makan akan berlipat ganda, pesakit juga mengalami perubahan emosi yang amat ketara, ungkap Syed Hassan yang turut menyatakan bahawa Sleeping Beauty sering dialami oleh lelaki berbanding perempuan dalam nisbah 3:1.
Emosi
Antara perubahan emosi yang sering dihadapi pesakit ialah halusinasi, mudah marah, agresif dan delusi. Ini semua akan membawa kepada potensi untuk mencederakan diri sendiri.
Pesakit tidak tidur sepanjang masa. Seringkali ia berlaku dalam tempoh tertentu.
Sebagai contoh, seseorang itu akan mengalami sindrom ini selama tiga hingga empat bulan dalam setahun. Selebihnya, pesakit adalah normal, katanya.
Selain itu, pola tidur pesakit Sleeping Beauty turut melalui empat tahap tidur biasa yang dialami oleh orang biasa iaitu tidur-tidur ayam hinggalah nyenyak.
Jelas Syed Hassan lagi, dalam sesetengah kes, akan berlaku perubahan dan gangguan dari aspek kognitif dan imunisasi akibat tidur terlalu lama.
Merujuk kepada pengalaman beliau yang hanya sekali berhadapan kes sebegini sekitar tahun 1980-an dahulu di London, walaupun ia hanya menyerang pesakit dalam tempoh yang singkat, kesannya cukup dalam.
Seringkali ia menyerang pada awal remaja dan beransur-ansur hilang apabila menjengah usia dewasa.
Lebih unik, ketika mengalami gangguan Sleeping Beauty, pesakit turut mengalami amnesia
kredit : kosmo.com.my

Mar 5, 2010

kucing ade 9 nyawa???

Indiana, Amerika syarikat. Seekor kucing jenis The ginger tabby berusia 4 tahun selamat setelah anak panah menembusi kepalanya. Kucing tersebut bernama Brownie telah menghilangkan diri walaupun setelah ditembak. Brownie akhirnya pulang ke rumah majikannya setelah tiga hari menghilang.



Sarah hayes dari lembaga haiwan "Monroe County Humane Association" mengatakan bahawa kejadian yang menimpa kucing tersebut amat luar biasa. Memang di luar jangkaan majikannya melihat kecederaan sebegitu teruk. "Kucing tersebut amat bernasib baik kerana masih hidup, anak panah tersebut menembusi kulit kepalanya dan hampir merosakkan tengkorak kepalanya".


Dylan Eads, pemilik kucing tersebut amat kecewa dengan tindakan manusia yang sanggup memanah seekor kucing. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menangkap penembak yang tak berhati perut tersebut. Wang sebanyak $1,100 ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang boleh memberikan maklumat untuk menangkap pesalah tersebut.


Walaupun Brownie kelihatan seperti sudah hampir maut, kini brownie mampu hidup seperti normal semula setelah para doktor berjaya menjalankan pembedahan menarik keluar anak panah tersebut.
Memang benar seekor kucing mempunyai 9 nyawa.



Mar 4, 2010

ular yg berkepala manusia?????

Ular berkepala manusia
seram gk aku tgk..hoho
Foto Ular Berkepala Manusia  

agak2 korang,,leh pcye kee???

cokelat yg mahal????

. Richart



* Pencipta: Richart ©
* Harga: US$ 120 (sekitar 1,2 juta) per gram
* Lokasi: Lyon, Perancis


Richart cokelat mungkin hanya menempati urutan keempat coklat paling mahal di dunia. Tapi keunggulan Richart terdiri dari 70 persen Criollo kakao Venezuela, yang diakui sebagai negara penghasil cokelat dengan kualitas terbaik di dunia. Kakao dalam cokelat Richart adalah bubuk kakao halus untuk menghasilkan rasa terbaik. Beberapa jenis cokelat Richart antaralain cokelat dengan kacang almond, raspberry, stroberi dan jenis buah eksotik lainnya.

 
Godiva



* Pencipta: Godiva "G" Collection
* Harga: US$ 117 per pon
* Tempat: New York City, New York

Godiva berasal dari salah satu negeri yang terkenal dengan produk cokelat asal Belgia. Produsen cokelat chocolatier Godiva memperkenalkan koleksi cokelat terbarunya, "G". Seluruh koleksi "G" terdiri dari berbagai bahan dan rasa seperti palet d'Or, Tasmanian Honey dan Meksiko Hot Chocolate. Rasa cokelat tergantung pada jenis bon-bon yang diproduksi.




Chocopologie



* Pencipta: Knipschildt
* Harga: US$ 2.600 (sekitar Rp 26 juta) per 450 gram
* Tempat: Norwalk, Connecticut

Chocopolagie ditemukan oleh Fritz Knipschildt, seorang juru masak yang belajar kuliner di Denmark. Pada 1999, Knischildt menciptakan salah satu cokelat paling enak di dunia. Cokelat paling mahal tersebut dihargai US$ 250 (sekitar Rp 2,5 juta) per buah untuk dark chocolate truffle. Truffle hitam di dalamnya berasal dari Perancis dan hanya tersedia jika dipesan terlebih dulu. Truffle terdiri dari 70 persen Valhrona kakao yang dicampur dengan Ganache lembut dan minyak truffle buatan tangan. Sebagai sentuhan akhir, truffle ditaburi cokelat bubuk.
 

Noka



* Pencipta: Noka Vintages Collection
* Harga: US$ 854 (sekitar Rp 8,5 juta) per 450 gram
* Tempat: Dallas, Texas

Noka merupakan kompilasi terbaik cokelat hitam dari perkebunan khusus di Venezuela, Pantai Gading, Trinidad dan Ekuador. Noka cokelat adalah cokelat dengan harga termahal kedua di dunia. Cokelat ini terbuat dari 75 persen kakao murni dengan campuran lain seperti mentega dan gula kakao.

Keunikan produsen cokelat ini adalah tidak menambahkan semua jenis emulsifier atau rasa vanili dalam produk cokelat mereka.

 

Delfee



* Pencipta: Delfee ©
* Harga: US$ 504 (sekitar Rp 5 juta) per 450 gram
* Lokasi: Neuchatel, Swiss

Bagi wanita penggemar emas, mungkin tergiur mencicipi Delafee, cokelat yang dibuat dari emas 24 karat berbentuk serpihan untuk setiap cokelat yang dibuat dengan tangan. Cokelat Delafee terbuat dari gula, minyak kelapa, mentega kokoa, susu bubuk dan vanili.

janggut memikat hati,fun!!!

chevalierbysheri

Sekitar 300 peserta dari 11 negara berkumpul dengan penampilan janggut dan kumis yang unik untuk mengikuti kontes ke-9 World Beard and Moustache Competition
(WBMC) di Alaska. Kontes ini merupakan sebuah ajang sayembara memperebutkan berbagai kategori untuk model kumis dan janggut yang unik.
Sebagaimana diberitakan Daily Mail, Selasa (26/5) disebutkan, setelah melewati berbagai finalis, akhirnya David Traver dari Anchorage, Alaska dinobatkan sebagai pemenangnya dengan model kumis dan janggut menyatu dan dianyam seperti tikar ke bawah. Berkat kumis dan janggut Traver yang unik sepanjang 20 inchi tersebut, dia berhak mendapatkan piagam emas dan tiket wisata memancing ikan salmon.
Sementara itu, di posisi kedua jatuh pada Benjamin Juergens dari Los Angeles dengan model kumis dan janggutnya yang disebut Imperial Partial Beard dengan penampilan mirip kambing. Dan di tempat ketiga posisinya jatuh pada Jack Passion dari San Francisco untuk kategori Natural Full Beard.
gunnarbysheri
Phil Olsen, pendiri Beard Team USA mengatakan, “Kontes kumis dan janggut untuk tahun ini cukup meriah dan semarak.” Banyak para peserta memiliki model kumis dan janggut yang unik mulai dari yang terlebat, mirip Sinterklas hingga kumis dan janggut yang tipis namun runcing.
Kontes serupa sebelumnya pernah digelar di Brighton pada tahun 2007 dan dimenangkan Elmar Weisser dari Brigachtal, Jerman dengan model kumis dan janggutnya berbentuk Tower Bridge. Elmar dari Klub Swabian Jerman ini juga pernah menjuarai kontes serupa di Berlin tahun 2005.
Ke-18 pemenang dengan berbagai kategori ini sebelum kembali pulang ke negaranya masing-masing harus menjalani acara amal terlebih dahulu. Ternyata, bukan hanya model dan penampilan kumis serta janggut yang dinilai. Diam-diam para juri juga menilai penampilan dalam berpakaian dan sikap para peserta.
ARI JULIANTO | GLOBAL
dan inilah pemenangnya :
david-traver-world-beard-moustache-champion 

amacam??? ade berani???hahaha