Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one

Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one

4eVer_Followers...

Powered By Blogger

Feb 16, 2010

topeng muka yg meringankn anda....


  • Topeng Muka Tomato

Amat sesui sekali bagi jenis kuit muka yang normal. Caranya, potong sebiji tomato segar kepada dua belah belahan. Dan kemudian secara perlaha-lahan dan lembut anda gosokkan kedua-dua belahan muka anda secara membulat pada keseluruhan muka tersebut. Selepas itu biarkan seketika agar muka anda kering dalam beberapa waktu. Setelah selesai anda basuhlah muka anda itu dengan bersih. Lihatlah hasilnya selepas itu menakjubkan!

  • Topeng Muka Telur Putih

Topeng muka yang bersumberkan dari bahagian putih telur ini sebenarnya dapat memperbaiki warna kulit muka anda. Caranya adalah basuh kedua tapak tangan anda sebersih-bersihnya. Pecahkan telur (ambil bahagian putihnya sahaja). Kemudian urutkan putih telur tersebut ke serata muka anda. Biarkan ia benar-benar kering sebelum dibasuh bersih. Hasilnya muka anda akan kelihatan bersih dan segar.

  • Topeng Muka Pic Bermadu

Kelihatan memang menyelerakan. Apalagi tika melihatkan topeng ini dibuat dari paduan buah pic segar bersama madu..Caranya, lumatkan sebiji buah pic yang telah dibuang kulitnya. Kemudian, campurkan pula 3 sudu kecil madu dan 2 sudu besar yogurt sekali bersama buah pic yang telah dilumatkan tadi.

Kacau sehingga sebati. Setelah itu lumurkan ramuan tadi pada keseluruhan muka anda termasuklah di bahagaian leher dan mata. Baring dan buang semua perkara yang merungsingkan dari kepala seketika. Setelah ia kering anggaran dalam 10 ke 15 minit, anda bersihkanlah muka anda itu dengan air suam.

  • Topeng Muka Timun

Topeng muka ini amat sesuai untuk sebarang jenis kulit muka. Bagi mendapatkan kesan yang diinginkan, gunakanlah topeng muka timun ini untuk seminggu sekali untuk mendapat hasil yang diinginkan. Caranya, kisar oat bersama 1 sudu besar bijirin gandum sehingga ia menjadi serbuk yang halus.

Kemudian campurkan pula 2 sudu besar susu segar, 2 sudu besar “whipping cream”, 1 1/2 sudu besar jus lemon, 1 sudu besar yogurt, 1 sudu besar daun pudina dan 1/2 batang mentimun yang sudah dipotong dadu. Kisar sehingga ramuan tersebut sebati. Kemudian sapukan ramuan tadi pada muka anda yang telah dibersihkan dahulu dan biarkan ia kering antara 10 hingga 15 minit.Bolas dan keringkan muka anda seperti biasa.


........hehe,,ape lg,try laa?? mnjadi taw........hehehe =D

No comments:

Post a Comment