Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one

Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one

4eVer_Followers...

Powered By Blogger

Feb 16, 2010

Rahsia Memantapkan hubungan.......


1. Meningkatkan keimanan kepada Allah

Kunci paling utama untuk menjadi pasangan yang terbaik ialah, tidak lain dan tidak bukan, kita mesti menguatkan iman kita terhadap Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya dengan adanya iman yang mantap saja, maka hubungan kita diredhai, dirahmati dan dipelihara oleh Allah Ta’ala. Cinta atau perhubungan yang berteraskan keimanan adalah perhubungan yang kekal jitu yang membawa kebahagiaan, insyaAllah. Jadi, kukuhkanlah keimanan kepada Allah sekiranya ingin perhubungan anda kekal bahagia selamanya.

2. Kenalpasti kelebihan dan kelemahan pasangan anda serta terima dia dengan hati yang terbuka

Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Sekiranya pasangan kita ada banyak kelemahan atau keburukan, janganlah dikutuk atau memandang serong padanya. Cuba terima dia seadanya. Kalau dia ada kelemahan, kita juga begitu. Kalau dia boleh terima kelemahan kait, maka kenapa tidak kita? Apa yang penting, kita mesti berlapang dada dengan perangai dan sikap pasangan kita. Kalau perangainya buruk sekalipun, jangan sakiti hatinya, sebaliknya cari jalan bagaimana kita dapat bantu dia memperbaiki kelemahan itu.

3. Hormati diri dan keluarganya

Poin ni lebih kurang sama dengan poin yang no 2 tu. Yang pentingnya ialah, kita mesti hormat pada pasangan kita selayaknya. Hormatilah dia dan jangan sekali-kali memandang rendah padanya. Walau mungkin kerja pasangan kita tidak sehebat kita, namun kita wajib hormat padanya. Hormat bukan saja kepadanya, malah kepada ahli keluarga dan saudara mara nya juga.

4. Perbaiki cara berkomunikasi

Pertembungan dan perbezaan pendapat antara kita dan pasangan kita, memang tidak akan dapat dielakkan. Ia sememangnya lumrah dalam setiap perhubungan. Apa yang boleh dibuat ialah, kita perbaiki cara berkomunikasi kita dengan pasangan. Jangan naikkan suara atau menengking pasangan kait, walaupun mungkin kita berada dipihak yang benar. Tengkingan atau sergahan hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jika kita dalam keadaan marah, cuba keluar dari rumah dan pergi ke tempat yang mampu menenangkan kita. Jangan sekali-kali berkomunikasi semasa kita sedang marah. Selain itu, sila gunakan bahasa-bahasa yang indah dan lembut dalam komunikasi. Panggil pasangan kita dengan panggilan yang dia sukai.

5. Sentiasa jujur dan ikhlas

Jangan sekali-kali kita menipu pasangan kita. Sekali kita menipu, kita akan terus menipu dan menipu lagi. Sesuatu perhubungan yang didasari dengan penipuan, pasti tidak akan kekal lama. Lagi satu, ikhlas juga sangat-sangat penting. Kalau kita buat sesuatu untuk si dia, janganlah mengharapkan balasan. Janganlah juga mengungkit-ungkit kebaikan dan jasa kita. Sekali kita ungkit, habis semua kebaikan yang kita telah buat, akan dianggap sebagai tidak ikhlas. Pasangan kita pasti berasa menyampah dan tidak akan menghargai pengorbanan kita.

Sekian, itulah 5 perkara yang perlu setiap seorang daripada kita ambil tahu dan praktikkan dalam kehidupan. Saya yakin, jika anda dapat amalkan 5 prkra tersebut, insyaAllah perhubungan anda akan sentiasa kekal dan bahagia selalu..prcayalah.....


.......anda smua ad rahsia lain yg belum dikongsi??jom laa...kita kongsi sme2 k... =D

No comments:

Post a Comment