Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one

Send this free eCard
MyCartopia.com Click here to get one

4eVer_Followers...

Powered By Blogger

Mar 5, 2010

kucing ade 9 nyawa???

Indiana, Amerika syarikat. Seekor kucing jenis The ginger tabby berusia 4 tahun selamat setelah anak panah menembusi kepalanya. Kucing tersebut bernama Brownie telah menghilangkan diri walaupun setelah ditembak. Brownie akhirnya pulang ke rumah majikannya setelah tiga hari menghilang.



Sarah hayes dari lembaga haiwan "Monroe County Humane Association" mengatakan bahawa kejadian yang menimpa kucing tersebut amat luar biasa. Memang di luar jangkaan majikannya melihat kecederaan sebegitu teruk. "Kucing tersebut amat bernasib baik kerana masih hidup, anak panah tersebut menembusi kulit kepalanya dan hampir merosakkan tengkorak kepalanya".


Dylan Eads, pemilik kucing tersebut amat kecewa dengan tindakan manusia yang sanggup memanah seekor kucing. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menangkap penembak yang tak berhati perut tersebut. Wang sebanyak $1,100 ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang boleh memberikan maklumat untuk menangkap pesalah tersebut.


Walaupun Brownie kelihatan seperti sudah hampir maut, kini brownie mampu hidup seperti normal semula setelah para doktor berjaya menjalankan pembedahan menarik keluar anak panah tersebut.
Memang benar seekor kucing mempunyai 9 nyawa.



No comments:

Post a Comment